🌟 Akhlak Terpuji
Hiasan Diri - (Pelajaran 27)🌟
Assalamualaikum semua! 😊 Setelah lama bercuti, Insya-Allah pada hari ini Ustazah nak kongsikan satu topik baru yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita iaitu —AKHLAK!. Jadi Ustazah nak setiap anak murid baca dengan teliti dan jika ada persoalan, sila ajukan di ruang 'comment' . Semoga bermanfaat 💗💗
Allah SWT menjelaskan perihal kepentingan akhlak dalam diri manusia, termasuk pada diri Rasulullah SAW di dalam Surah Al-Qalam, ayat 4:
ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙƒَ Ù„َعَÙ„َÙ‰ٰ Ø®ُÙ„ُÙ‚ٍ عَظِيمٍۢ
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia."
🤔 Apa maksud Akhlak
sebenarnya?
Secara mudahnya, akhlak berasal daripada perkataan "Ø®ُÙ„ُÙ‚ُ" yang bermaksud budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat. Akhlak
boleh dibahagikan kepada dua:
1️⃣ Akhlak Mahmudah
(Akhlak Terpuji) – Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perakuan syarak.
2️⃣ Akhlak Mazmumah (Akhlak Tercela) –
Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri sesorang yang berlawanan dengan nilai dan perakuan syarak.
✨ Akhlak Mahmudah (Akhlak
Terpuji) ✨
✅ Sabar – Sentiasa tenang dan tidak cepat marah
dalam menghadapi ujian.
✅ Pemurah – Suka memberi dan membantu orang lain.
✅ Menepati Janji – Tidak suka mungkir janji atau
menipu.
✅ Penyayang – Sentiasa berbuat baik kepada semua
orang, termasuk haiwan.
✅ Ikhlas – Melakukan sesuatu kerana Allah, bukan
sebab nak dipuji.
✅ Rendah Hati – Tidak sombong walaupun ada
kelebihan.
"Orang yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik
akhlaknya." (HR Abu Dawud)
⚠️ Akhlak Mazmumah (Akhlak
Tercela) ⚠️
❌ Hasad Dengki – Tidak suka lihat orang lain
berjaya.
❌ Pemarah – Mudah marah dan tidak boleh mengawal
emosi.
❌ Menipu – Suka bercakap bohong dan tidak jujur.
❌ Mengumpat – Bercakap buruk tentang orang lain.
❌ Boros – Suka membazir tanpa berfikir panjang.
"Orang mukmin yang paling aku cintai adalah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
🌹🌹 Kelebihan Akhlak Mulia 🌹🌹
✔ Tanda Kesempurnaan Iman
Rasulullah ï·º bersabda bahawa kesempurnaan iman seseorang bergantung kepada akhlak yang baik. (Hadis Riwayat Abu Dawud)
✔ Amalan yang Berat di Timbangan
Akhlak yang baik adalah antara perkara yang paling berat dalam timbangan amal di akhirat. (Hadis Riwayat Abu Dawud)
✔ Menjadi Sebab Kedekatan dengan Rasulullah ï·º
Baginda menyatakan bahawa orang yang paling hampir dengannya pada Hari Kiamat ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Di sini Ustazah sertakan satu potongan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Farinda Andirja tentang pentingnya berakhlak mulia di sisi Rasulullah. Sila tonton dan hadam isi penyampaian dengan baik. 👇
.jpg)
Ulasan
Catat Ulasan