🌟 Akhlak Terpuji Hiasan Diri - (Pelajaran 27) 🌟 Assalamualaikum semua! 😊 Setelah lama bercuti, Insya-Allah pada hari ini Ustazah nak kongsikan satu topik baru yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita iaitu — AKHLAK! . Jadi Ustazah nak setiap anak murid baca dengan teliti dan jika ada persoalan, sila ajukan di ruang ' comment' . Semoga bermanfaat 💗💗 Sumber : Pinterest Mengapa akhlak ini penting? Kerana akhlak lah yang menjadi gambaran tentang diri kita dan menjadi kayu ukur bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain . Orang yang baik akhlaknya akan disenangi oleh semua, dan yang paling penting, dicintai oleh Allah dan Rasulullah ﷺ ! 💖 Allah SWT menjelaskan perihal kepentingan akhlak dalam diri manusia, termasuk pada diri Rasulullah SAW di dalam Surah Al-Qalam, ayat 4: وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ ...