SOLAT SEBAGAI TIANG AGAMA
Umum mengetahui, solat merupakan tiang agama bagi umat Islam dan satu tuntutan wajib. Dalam rukun Islam, solat berada pada kedudukan kedua setelah mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini bermakna terlalu banyak kepentingan dan kelebihan tunaikan solat dalam kehidupan.
Nabi SAW bersabda:
الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. Riwayat al-Baihaqi.
KELEBIHAN TUNAIKAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN
1. Hati menjadi tenang
Ketenangan hati dapat ditemui apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan menunaikan solat dan sentiasa berzikir
2. Dapat keredaan dan keampunan daripada Allah SWT
Keredaan dan keampunan daripada Allah SWT dapat diperolehi dengan cara menunaikan solat. Allah SWT suka dengan hambaNya yang sentiasa mencuba perbaiki diri.
Selaras dengan firmanNya:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghafir:60)
3. Membentuk disiplin diri
Solat pada lima waktu yang ditetapkan boleh membentuk disiplin diri. Hal ini kerana anda akan mengambil kira penjagaan masa dengan sebaiknya dan tidak melakukan perkara yang sia-sia.

Ulasan
Catat Ulasan